Sunday 12 April 2015

Selamat Datang



Salam dan selamat datang ke Blog Villa Kemboja. 

Villa Kemboja adalah Homestay pertama kami dan ini adalah percubaan kami untuk menceburi cabang perniagaan Homestay ini. Sebelum ini kami lebih memberi fokus kepada rumah sewa.  

Lokasi Villa Kemboja Homestay  terletak di Taman Prima Saujana yang berada tidak jauh dari Bandar Kajang yang juga terkenal dengan nama Bandar Satay. Kami memilih untuk mengunakan nama Kemboja kerana pokok inilah yang hidup subur menghiasi Homestay kami.

Dengan konsep ' Less is more', harapan kami agar Villa Kemboja akan menjadi tempat penginapan pilihan. Villa Kemboja Homestay hanya menerima penginap Muslim sahaja.

Sila click link dibawah untuk mengembara  secara Street View Taman Prima Saujana dan juga Lokasi Villa Kemboja

Click untuk Street View >> Taman Prima Saujana Kajang

Click untuk Lokasi >> Villa Kemboja Homestay





Sunday 15 March 2015

Terma & Syarat

Terma & Syarat

1) Tempahan mestilah disertai bayaran minima 50%. Tanpa bayaran penuh, tempahan boleh dibatalkan oleh pihak pengurusan homestay dan di sewakan kepada orang lain.


2) Jika pembatalan tempahan 2 hari sebelum tarikh penginapan, booking tidak dikembalikan.


3) Kerosakan rumah, kerosakan peralatan rumah dan kehilangan peralatan rumah adalah tanggung oleh pelanggan mengikut harga yang ditetapkan oleh pengurusan Homestay.

4) Deposit keselamatan RM100 akan dipulangkan ketika daftar keluar jika tiada kerosakan rumah dan kehilangan peralatan rumah.

5) Pasangan tanpa ikatan perkahwinan adalah dilarang berada di dalam Homestay.

6) Merokok adalah dilarang didalam rumah.

7) Haiwan peliharaan adalah dilarang.

8) Makanan dan minuman yang mengandugi alkohol dan Babi adalah dilarang.

9) Tidak dibenarkan menyimpan barangan basah seperti ikan, daging, sotomg, udang, durian, budu, cencaluk dan seumpamanya yang mudah busuk dan berbau di dalam peti sejuk. Hanya barangan yang kering dan tidak mudah basi boleh disimpan  seperti minuman ringan dan buah-buahan segar yang tidak berbau. Lebihan makanan yang cepat basi seperti kuih muih, kek, roti, lauk pauk dan seumpamanya perlu dibungkus untuk dibawa pulang atau dibuang sahaja ke dalam tong sampah jika tidak memerlukanya.

10) Tidak dibenarkan mengadakan sebarang majlis, keramaian, parti, berkaraoke, membuat bising dan seumpamanya yang boleh menggangu ketenteraman penghuni lain disekitar Homestay. 

11) Pihak pengurusan Homestay berhak membatalkan tempahan dan mengeluarkan pelanggan dari Homestay jika meragui kegiatan pelanggan yang menyalahi Syariah Islam dan Undang-Undang Negara Malaysia.


Tuesday 24 February 2015

Pendaftaran Bayaran


Pendaftaran Bayaran


Check In / Check Out
  • Masa untuk Check-in adalah pada pukul 2.30pm. Check-out pada pukul 12.00 tengahari 
  • Sewaan dibayar sebelum check-in (Boleh di Bank in ke akaun & slip dihantar email/whatsapp).  No account Maybank : 114011316513

Tempahan / Booking
  • Bayaran 50% perlu dijelaskan  untuk tempahan semasa pengesahan booking. Kami menggalakan tempahan lebih awal.

Securiti Deposit
  • Securiti deposit sebanyak RM100.00 sehari perlu dibayar sewaktu check-in dan akan dipulangkan sewaktu check-out sekiranya tiada kerosakan dan kehilangan barang-barang.

Dokument Berkaitan
  • Dokumen: Pihak kami memerlukan satu Salinan IC yang boleh hantar melalui applikasi whatapps dan juga email (villakemboja@gmail.com). Resit akan dikeluarkan oleh pihak kami.

Nota :  Untuk makluman Wang Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan.


Friday 23 January 2015

Video Promosi 3



Credit  :  Song by Suhaimi Meor Hassan

Friday 7 November 2014

Masjid Prima Saujana Kajang

Salam semua pengunjung dan pembaca blog Villa Kemboja Homestay yang kami hormati. 
Ahli Jawatan Kuasa Masjid Prima Saujana Kajang bersama Perbadanan Wakaf Selangor sedang giat mengumpulkan dana untuk pembangunan Masjid Prima Saujana KajangBagi anda yang berhasrat menyumbang ia boleh di salurkan ke akaun Maybank 562021605926 @ Bank Muamalat 12070005186712. Jazakalllah Khairan Khatiran.








Monday 6 October 2014

Prima Saujana Kajang


Taman Prima Saujana Kajang adalah antara taman perumahan yang terletak berhampiran bandar Kajang. 

Taman perumahan ini mempunyai beberapa seksyen. Villa Kemboja terletak di Taman Prima Saujana Seksyen 2. Akses keluar masuk yang utama disini jika hendak ke Kuala Lumpur adalah dengan melalui Grand Saga dan untuk  keselatan adalah dengan melalui Lebuh raya Lekas.









Monday 28 July 2014

Video Promosi 4