Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Sunday, 12 April 2015

Selamat Datang



Salam dan selamat datang ke Blog Villa Kemboja. 

Villa Kemboja adalah Homestay pertama kami dan ini adalah percubaan kami untuk menceburi cabang perniagaan Homestay ini. Sebelum ini kami lebih memberi fokus kepada rumah sewa.  

Lokasi Villa Kemboja Homestay  terletak di Taman Prima Saujana yang berada tidak jauh dari Bandar Kajang yang juga terkenal dengan nama Bandar Satay. Kami memilih untuk mengunakan nama Kemboja kerana pokok inilah yang hidup subur menghiasi Homestay kami.

Dengan konsep ' Less is more', harapan kami agar Villa Kemboja akan menjadi tempat penginapan pilihan. Villa Kemboja Homestay hanya menerima penginap Muslim sahaja.

Sila click link dibawah untuk mengembara  secara Street View Taman Prima Saujana dan juga Lokasi Villa Kemboja

Click untuk Street View >> Taman Prima Saujana Kajang

Click untuk Lokasi >> Villa Kemboja Homestay





Sunday, 15 March 2015

Terma & Syarat

Terma & Syarat

1) Tempahan mestilah disertai bayaran minima 50%. Tanpa bayaran penuh, tempahan boleh dibatalkan oleh pihak pengurusan homestay dan di sewakan kepada orang lain.


2) Jika pembatalan tempahan 2 hari sebelum tarikh penginapan, booking tidak dikembalikan.


3) Kerosakan rumah, kerosakan peralatan rumah dan kehilangan peralatan rumah adalah tanggung oleh pelanggan mengikut harga yang ditetapkan oleh pengurusan Homestay.

4) Deposit keselamatan RM100 akan dipulangkan ketika daftar keluar jika tiada kerosakan rumah dan kehilangan peralatan rumah.

5) Pasangan tanpa ikatan perkahwinan adalah dilarang berada di dalam Homestay.

6) Merokok adalah dilarang didalam rumah.

7) Haiwan peliharaan adalah dilarang.

8) Makanan dan minuman yang mengandugi alkohol dan Babi adalah dilarang.

9) Tidak dibenarkan menyimpan barangan basah seperti ikan, daging, sotomg, udang, durian, budu, cencaluk dan seumpamanya yang mudah busuk dan berbau di dalam peti sejuk. Hanya barangan yang kering dan tidak mudah basi boleh disimpan  seperti minuman ringan dan buah-buahan segar yang tidak berbau. Lebihan makanan yang cepat basi seperti kuih muih, kek, roti, lauk pauk dan seumpamanya perlu dibungkus untuk dibawa pulang atau dibuang sahaja ke dalam tong sampah jika tidak memerlukanya.

10) Tidak dibenarkan mengadakan sebarang majlis, keramaian, parti, berkaraoke, membuat bising dan seumpamanya yang boleh menggangu ketenteraman penghuni lain disekitar Homestay. 

11) Pihak pengurusan Homestay berhak membatalkan tempahan dan mengeluarkan pelanggan dari Homestay jika meragui kegiatan pelanggan yang menyalahi Syariah Islam dan Undang-Undang Negara Malaysia.


Tuesday, 24 February 2015

Pendaftaran Bayaran


Pendaftaran Bayaran


Check In / Check Out
  • Masa untuk Check-in adalah pada pukul 2.30pm. Check-out pada pukul 12.00 tengahari 
  • Sewaan dibayar sebelum check-in (Boleh di Bank in ke akaun & slip dihantar email/whatsapp).  No account Maybank : 114011316513

Tempahan / Booking
  • Bayaran 50% perlu dijelaskan  untuk tempahan semasa pengesahan booking. Kami menggalakan tempahan lebih awal.

Securiti Deposit
  • Securiti deposit sebanyak RM100.00 sehari perlu dibayar sewaktu check-in dan akan dipulangkan sewaktu check-out sekiranya tiada kerosakan dan kehilangan barang-barang.

Dokument Berkaitan
  • Dokumen: Pihak kami memerlukan satu Salinan IC yang boleh hantar melalui applikasi whatapps dan juga email (villakemboja@gmail.com). Resit akan dikeluarkan oleh pihak kami.

Nota :  Untuk makluman Wang Deposit tidak akan dipulangkan sekiranya tempahan dibatalkan.


Monday, 6 October 2014

Prima Saujana Kajang


Taman Prima Saujana Kajang adalah antara taman perumahan yang terletak berhampiran bandar Kajang. 

Taman perumahan ini mempunyai beberapa seksyen. Villa Kemboja terletak di Taman Prima Saujana Seksyen 2. Akses keluar masuk yang utama disini jika hendak ke Kuala Lumpur adalah dengan melalui Grand Saga dan untuk  keselatan adalah dengan melalui Lebuh raya Lekas.









Wednesday, 4 September 2013

Page Under Construction



Friday, 16 August 2013

Pakej / Kadar


Kadar Sewaan Villa  Kemboja Homestay adalah seperti berikut

1. Semalam :  RM280.00


2. Pakej 3 hari 2 Malam   :  RM560.00


3. Pakej 4 hari 3 Malam :  RM840.00


4. Maksimum Penginapan : Tiada




Wednesday, 12 June 2013

Kalendar Villa Kemboja

Friday, 1 March 2013

Penghargaan



Villa Kemboja Homestay adalah hasil usaha secara bersama. Tanpanya tidak akan terhasil. Kami ingin memberikan penghargaan dan mengucapkan ucapan terima kasih kepada :

Azira sekeluarga, Hasliza sekeluarga, Abang Lias sekeluarga, Mak dan Ayah, Mak dan Abah, Aizura, Azmi,  Adik Beradik

Semua penduduk Taman Prima Saujana Seksyen 2

Semua pembaca Blog Villakemboja.blogspot.com  dan Facebook kami villakemboja@facebook.com

Semua mereka yang meluangkan masa dan kesabaran.

Semua yang bersama kami apabila langit tidak cerah.

Dan pastinya  anak-anak dan isteri yang tersayang.

Wednesday, 27 February 2013

Dapur



Sunday, 24 February 2013

Kuala Lumpur


Dengan jarak cuma 21 km dari Prima Saujana Kajang, Bandar Kuala Lumpur adalah lokasi yang menarik untuk di kunjungi.

Anda boleh kesana dengan perhidmatan bas dan juga komuter. Perhidmatan MRT juga sedang rancak pembinaanya untuk kemudahan akan datang.

Jika memandu sendiri anda boleh ke Kuala Lumpur melalui Jalan Grand Saga Cheras Kajang. Jalan ini akan membawa anda terus ke Pusat Bandar.

Antara tempat menarik di Kuala lumpur adalah Taman-Taman Awan (Taman Botani)






Thursday, 21 February 2013

Tempat Makan

Berikut adalah antara  LINK yang boleh dijadikan rujukan bagi meneroka tempat-tempat makan yang menarik untuk di sekitar Kuala Lumpur.

-    www.saji.my
-     www.eyriqazz.com

Credit :  Terima kasih kepada saji.my dan eyriqazz.com untuk info berguna anda.



Friday, 25 January 2013

Pasaraya / Pasar Tani


Di Taman Prima Saujana terdapat kemudahan untuk mendapatkan barangan dapur. Di sini terdapat Pasaraya Giant dan juga pasar pagi (setiap sabtu) dan juga pasar malam (ahad & khamis)





Wednesday, 23 January 2013

Pusat Pengajian


Di Prima Saujana juga terdapat Pusat Pengajian Awam dan juga swasta. Antaranya adalah Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti Hulu Langat dan juga Akedemi Darul Hafiz.

Pusat-pusat tusyen juga banyak terdapat disini.





Thursday, 17 January 2013

Ruang Tamu




Tempat Makan


Terdapat berbagai kedai makanan untuk anda menjamu selera. Dari restoran makanan segera seperti Mc Donands, restoran Papa Rich, Ayamas malah juga restoran mamak yang mudah dikunjungi.

Gerai-gerai yang menjual sate dan aneka makanan panas yang beroperasi di malam hari juga terdapat di Prima Saujana.





Tuesday, 15 January 2013

Bank


Terdapat dua bank yang beroperasi disini untuk urusan perbankan anda. Bank tersebut adalah Bank Muamalat dan juga Bank Standart Chartered.




Thursday, 10 January 2013

Klinik & Farmasi

Di Prima Saujana ada terdapat berberapa klinik yang utama yang boleh dikunjungi untuk mendapatkan rawatan. Antaranya adalah Poliklinik Damai, Klinik Julia dan juga Klinik Alam Medic.

Selain dari itu terdapat juga beberapa farmasi untuk mendapatkan ubat-ubatan. Antaranya adalah Cosway Farmasi.

Klinik gigi juga terdapat disini dan antaranya adalah Klinik Gigi dan Sugery Aina.




Tuesday, 8 January 2013

Kedai Dobi


Terdapat beberapa kedai dobi di Prima Saujana. Anda boleh memilih samada inginkan Kedai Dobi Konvensional atau yang layan diri.





Saturday, 5 January 2013

Kemudahan

Kemudahan yang disediakan


Rumah Teres 2 Tingkat (18 x 65) (End Lot)

4 bilik tidur, 3 bilik air
1 katil bersaiz king, (Master Bedroom) - 1 Separate bathroom & 1 toilet
2 katil single  (Bilik no 2 & 3)
Kabinet drawers or multipurpose cloth (Master Bedroom)
Kipas siling di sertiap bilik
Plus air-cond at master bedroom  and bilik no 2 dan 3
Meja Makan
Sofa 
Iron 
Cerek Eletrik
Food utensils
Periuk Nasi Eletrik
Cooking facilities (Halal ONLY)
TV/Astro Njoi
Peti Sejuk  (2 pintu)
Water heater (Master Bedroom)
Tikar Sembahyang
Tuala
Body shampoo & tissues
Plastik Sampah
Easy access to many residents shops



Wednesday, 2 January 2013

No Telefon Penting






Berikut adalah no telefon yang penting ketika kecemasan :



Rakan COP Selangor

Hotline: 03 - 2052 9999
SMS: POLISSEL 32728


IbuPejabat Polis Daerah Kajang, 43000, Kajang, Selangor

Tel: 03 - 8736 2222 / 03 - 8733 6580 (H/L)
Fax: 03 - 8734 3531


Hospital kajang: 8736 3333

Hospital serdang: 03-8947 5555
HUKM: 9145 5555
HUKM Emergency: 9170 2020
Hospital Putra Jaya: 03-8312 4200 (kaunter pertanyaan)
Balai Bomba : 8925 4444(fon) 8926 2344 (fax)