Sunday, 15 March 2015

Terma & Syarat

Terma & Syarat

1) Tempahan mestilah disertai bayaran minima 50%. Tanpa bayaran penuh, tempahan boleh dibatalkan oleh pihak pengurusan homestay dan di sewakan kepada orang lain.


2) Jika pembatalan tempahan 2 hari sebelum tarikh penginapan, booking tidak dikembalikan.


3) Kerosakan rumah, kerosakan peralatan rumah dan kehilangan peralatan rumah adalah tanggung oleh pelanggan mengikut harga yang ditetapkan oleh pengurusan Homestay.

4) Deposit keselamatan RM100 akan dipulangkan ketika daftar keluar jika tiada kerosakan rumah dan kehilangan peralatan rumah.

5) Pasangan tanpa ikatan perkahwinan adalah dilarang berada di dalam Homestay.

6) Merokok adalah dilarang didalam rumah.

7) Haiwan peliharaan adalah dilarang.

8) Makanan dan minuman yang mengandugi alkohol dan Babi adalah dilarang.

9) Tidak dibenarkan menyimpan barangan basah seperti ikan, daging, sotomg, udang, durian, budu, cencaluk dan seumpamanya yang mudah busuk dan berbau di dalam peti sejuk. Hanya barangan yang kering dan tidak mudah basi boleh disimpan  seperti minuman ringan dan buah-buahan segar yang tidak berbau. Lebihan makanan yang cepat basi seperti kuih muih, kek, roti, lauk pauk dan seumpamanya perlu dibungkus untuk dibawa pulang atau dibuang sahaja ke dalam tong sampah jika tidak memerlukanya.

10) Tidak dibenarkan mengadakan sebarang majlis, keramaian, parti, berkaraoke, membuat bising dan seumpamanya yang boleh menggangu ketenteraman penghuni lain disekitar Homestay. 

11) Pihak pengurusan Homestay berhak membatalkan tempahan dan mengeluarkan pelanggan dari Homestay jika meragui kegiatan pelanggan yang menyalahi Syariah Islam dan Undang-Undang Negara Malaysia.


0 comments:

Post a Comment